Sekumpulan Orang Gila Tak Kisah Dikecam, Penampilan Bukan Ukur Isi Hati

Sekumpulan Orang Gila (SOG) menegaskan mereka tidak pernah mengambil hati dengan komen negatif netizen yang sering mempertikaikan penampilan termasuk pemakaian aksesori seperti anting-anting atau subang.

Menurut vokalisnya, Raja Nazrin Shah, penilaian terhadap seseorang tidak seharusnya dibuat berdasarkan luaran semata-mata kerana hanya Tuhan mengetahui isi hati manusia.

"Biarlah orang mahu menilai apa yang kami pakai. Itu manusia. Yang menilai isi hati adalah Tuhan.

"Bagi kami, perkara itu tidak jadi masalah. Yang penting bagaimana kami menyampaikan sesuatu, sama ada niat hanya mahu buat duit atau benar-benar hendak sampaikan mesej," katanya kepada mStar.

Nazrin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Ajar Aku nyanyian Aizat Amdan bersama SOG di Kuala Lumpur.

Tambahnya, isu penampilan tidak wajar diperbesarkan kerana setiap individu berhak membuat penilaian sendiri.

"Kami tak kisah. Dosa pahala bukan ketentuan kita untuk menilai.

"Orang kata buat lagu insaf tapi pakai subang, itu pandangan manusia. Tapi kenapa tidak ambil perkara baik daripada orang yang dipandang kurang baik?" katanya.

Sementara itu, pemain dram SOG, Raja Nazmin Shah berkata, penampilan mereka kini semakin menjadi perhatian selepas kumpulan itu menembusi arus perdana.

Bagaimanapun, dia berharap orang ramai lebih menilai mesej yang ingin disampaikan menerusi karya, bukannya sekadar imej luaran.

"Ini peluang untuk kami mendidik orang sebenarnya. Jangan nilai buku daripada kulitnya.

"Kadang-kadang orang yang selalu sebut jangan menilai luaran pun tetap menilai dari luaran. Jadi kami maafkan sahaja kerana kami juga menjadi punca mereka berkata begitu," katanya.

Mengulas mengenai kelainan lagu Ajar Aku yang menampilkan sisi lebih lembut, SOG menegaskan ia bukan perubahan identiti, sebaliknya sebahagian daripada perjalanan muzik mereka.

"Dua minggu sebelum Ajar Aku keluar, kami ada keluarkan lagu yang sangat keras.

"Tetapi lagu yang ada unsur insaf atau ketuhanan memang sudah ada dalam perjalanan muzik SOG sejak awal," katanya.

Sumber: mStar



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content