"Seni Harus Berlandaskan Hukum Agama" - Sabri Yunus

"Mereka di universiti, hendak belajar dan ada ilmu. Jadi harus dididik, dihukum dengan ilmu juga," kata pelakon terkenal yang juga aktivis teater, Sabri Yunus.

Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus, 65, berkata demikian bagi mengulas isu pementasan teater oleh salah satu pasukan teater di sebuah universiti yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh dan kandungan melanggar batas norma kesopanan serta bercanggah dengan nilai agama Islam.

Menurutnya, perkara ini diketahuinya apabila melihat di media sosial dan dia pernah menonton teater terbabit sebelum ini.

"Saya pernah tengok cerita itu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kalau tidak silap saya. Dia banyak kali buat. Tetapi masa yang saya tengok tidak ada babak-babak macam itu.

"Pada saya beginilah. Kita berbalik kepada kita, orang Islam. Apa-apa pun seni kita mesti bersandarkan, berlandaskan hukum-hakam dalam agama.

"Walaupun seni itu dianggap bebas secara apa-apa pun, tetapi seni dalam Islam dia tidak akan jadi bebas," katanya ketika ditemui pada Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Libang Libu di Mid Valley, semalam.

Tambah Sabri, secara peribadi baginya melukis, teater atau apa-apa saja, mesti ada kesedaran sendiri batas-batas itu.

"Dalam isu ini, saya rasa orang yang merakam dan menyebar itu okey sebab dia membawa kepada semua boleh tahu isu ini. Kalau sama-sama diam, balik selepas persembahan, tidak tahulah apa jadi selepas ini.

"Cuma saya rasa tidak perlu dihukum pelajar, penganjur dan pihak fakulti. Tetapi masing-masing mesti ada kesedaran lain apabila berlaku peristiwa macam ini pada penganjuran akan datang," katanya.

Sabri berkata, hukuman tidak akan berguna kerana perkara sudah berlaku dan orang sudah melihat penyebaran babak itu.

"Hukuman itu melemahkan. Seperkara lagi mereka masih muda dan belajar, nanti akan menyekat mereka kerana takut untuk berkarya," ujarnya.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content