"Sepanjang Jadi Pelakon, Saya Ada Kekasih” - Anzalna Nasir Dedah Taktik Elak Diganggu 'Buaya Darat'

Pelakon Anzalna Nasir mengakui gangguan daripada individu berstatus VIP bukanlah sesuatu asing dalam dunia hiburan tanah air.


Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md. Nasir, rupa paras dan bentuk tubuh menarik sering menjadi perhatian sehingga mengundang gangguan daripada lelaki miang dan tidak bertanggungjawab.

"Terbaca kisah rakan selebriti diganggu VIP. Sebenarnya sama ada ada rupa atau tidak, asalkan bentuk badan menarik, memang akan ada VIP atau suami orang cuba mendekati.

"Tidak kisah apa pekerjaan sekali pun," katanya menerusi Threads.

Tambah pelakon drama Mamu Mami Gosip itu, sepanjang bergelar pelakon dia memilih untuk sentiasa mempunyai kekasih sebagai 'pelindung' agar tidak diganggu pihak tidak bertanggungjawab.

"Sepanjang saya bergelar pelakon, saya pilih untuk ada kekasih supaya orang tidak berani kacau.

"Saya beritahu sudah berpunya sampai ada tanya, 'tak takut hilang populariti sebab ada teman lelaki?'

"Tetapi saya tidak kisah. Apa penting, saya selamat daripada 'buaya darat'," ujarnya.

Anzalna turut berkongsi dia sering membawa suaminya, ke mana-mana demi keselamatan diri sebelum hubungan mereka akhirnya berakhir ke jenjang pelamin.

"Sampai ke mana-mana saya akan bawa Hanif demi keselamatan diri dan sekarang dia sudah jadi suami saya," katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan realiti sebenar dunia hiburan tempatan selain menyifatkan isu gangguan terhadap wanita tidak seharusnya dinormalisasikan.

Terdahulu, pelakon, Zara Zya turut mendedahkan pengalaman hitam apabila didakwa dibawa ke sebuah bilik hotel untuk bertemu seorang VIP pada awal pembabitannya dalam industri hiburan.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

3 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content