Shima Anuar Tuntut Hutang Cecah RM1.5 Juta

Pelakon Shima Anuar tampil menuntut beberapa pihak untuk menjelaskan bayaran hutang yang didakwa mencecah RM1.5 juta. 


Menurut Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, nilai tersebut juga termasuk jumlah wang yang dipinjam oleh beberapa kenalannya namun masih belum menerima bayaran balik. 


"Hampir RM1 juta daripada kontraktor yang buat rumah kami separuh jalan dulu. Selebihnya daripada yang kononnya sahabat, bila susah tebal muka pinjam duit. 


"Selepas itu tak reti nak bayar balik duit orang," katanya. 


Shima menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory berserta tangkap layar status suaminya, Mohd Solih Toha yang juga berkongsi luahan sama. 


Pelakon itu turut menegaskan, dia bersedia untuk mendedahkan nama individu terbabit sekiranya masih belum mendapat sebarang maklum balas. 


"Rasanya sudah tiba masa siarkan senarai nama. Kami ada keluarga untuk diberi makan, yuran sekolah anak perlu bayar dan bil.


"Mereka bukan kawan. Kawan tidak akan buat kawan begini. Memalukan," katanya. 


Sementara itu menerusi perkongsian berbeza, suaminya turut mendedahkan antara individu yang masih berhutang dengan mereka termasuk ahli perniagaan dan suami kepada rakan artis. 


Mohd Solih juga meluahkan rasa kesal apabila pihak terbabit enggan menjelaskan baki hutang sedangkan usaha untuk mencari rezeki bukanlah perkara mudah. 


"Bukan nak tagih simpati. Nak ajar mereka macam mana susahnya cari duit. Aku kerja keluar pagi anak belum bangun, balik anak dah tidur. 


"Suami artis ada, pegawai tinggi kerajaan ada, ahli perniagaan ada," dedahnya.


Sumber: mStar




0 Comments

|

220 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content