Siti Nurhaliza Tegur Penyebar Video Reka Bentuk Pentas Yang Belum Siap

Dua hari sebelum berlangsungnya konsert, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kurang senang apabila tersebar rakaman yang memaparkan reka bentuk pentas yang masih belum siap.


Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, menjelaskan bahawa rakaman tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan mencetuskan persepsi yang tidak tepat mengenai konsert berkenaan.


Penyanyi itu memohon agar peminat tidak membuat spekulasi berhubung rakaman awal lokasi Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 10 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.


"Ini yang saya marah bila suka-suka masuk dan buat video.


"Semua belum siap dan yang menonton video ini pun tidak perlu membuat penilaian awal," katanya.


Sebelum ini, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang memaparkan persiapan konsert di SNBJ itu, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.


Antara komen yang diterima termasuk persoalan mengenai saiz paparan skrin dan pentas yang dilihat terlalu kecil berbanding kapasiti stadium tersebut.


Untuk makluman, Konsert 30 Legasi Siti Nurhaliza dianjurkan bagi meraikan perjalanan seni penyanyi berkenaan selama tiga dekad dalam industri muzik tanah air.


Dijangka seramai 65,000 peminat akan hadir menyaksikan konsert berkenaan.


Siti turut menampilkan beberapa penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia sebagai artis undangan, termasuk Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Umairah.


Sumber: mStar



0 Comments

|

141 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content