Siti Nurhaliza Terbabit Dalam Kemalangan, Alami Kecederaan Ringan

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan empat buah kenderaan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) sebentar tadi.

Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, insiden tersebut berlaku ketika Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan.

"Ramai yang menghubungi kami bertanya tentang Siti Nurhaliza. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.

"Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan saya serta Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Katanya lagi, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan langjut dan mendapati mengalami cedera ringan.

"Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.

"Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak bahagian kaki.

"Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua," katanya lagi. 



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content