Sophia Albarakbah Tulis Ucapan Khas Buat Individu Istimewa

Pelakon Sophia Albarakbah mencuri perhatian apabila berkongsi luahan penuh emosi di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berkenaan, Sophia memuat naik beberapa foto dan video antaranya bersama seorang lelaki yang dipercayai mempunyai tempat istimewa di hatinya sekaligus berkongsi sebuah lagu yang ditulis khas buat dirinya.

Katanya, lagu tersebut menjadi simbol sokongan seseorang yang setia berada di sisinya.

"Lagu ini sangat dekat di hati saya kerana ia ditulis khas oleh seseorang yang bermakna dalam hidup.

"Saya melalui beberapa fasa sukar beberapa tahun kebelakangan ini dan dia benar-benar ada menemani saya sepanjang waktu itu," katanya di ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, kehadiran seseorang yang setia lebih bermakna daripada sekadar kata-kata.

"Kadang-kadang, bukan sekadar mendengar seseorang berkata "I'll be here'... Tetapi tentang kehadiran seseorang yang membuktikannya dengan tindakan dan benar-benar ikhlas melakukannya," tulis Sophia.

Bagaimanapun, Sophia tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut. Malahan dalam sekeping gambar ketika dia memakai jubah graduasi, aktres tersebut sengaja menutup muka jejaka berkenaan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut turut tersentuh dengan luahan tersebut.



0 Comments

|

10 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content