Spekulasi Terjawab, Sharifah Husna Akui Sudah Bercerai Dengan Halim Radzi

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pelakon Sharifah Husna akhirnya terjawab apabila aktres berkenaan mengesahkan dia dan suaminya, Halim Radzi, sudah berpisah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Husna, 33, ketika dihubungi mStar pada Isnin, sekali gus mengakhiri tanda tanya yang timbul sejak kebelakangan ini.

"Ya betul, saya sudah bercerai dengan Halim," katanya ringkas.

Menurut sumber terdekat, perceraian pasangan itu berlaku selepas kedua-duanya gagal mencapai persefahaman dalam rumah tangga.

Difahamkan, Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, 30, melafazkan talak satu terhadap Husna di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Sementara itu, Halim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan menegaskan urusan keluarga adalah sesuatu yang bersifat peribadi.

"Saya kalau boleh tak nak kongsi dan tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini. Memang saya jaga privasi rumah tangga saya.

"Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada kesan. Jadi saya pilih untuk tidak berkongsi," katanya.

Walaupun tarikh sebenar perceraian tidak didedahkan kepada umum, Husna dikatakan telah selesai menjalani tempoh iddah.

Difahamkan, perpisahan itu berlaku secara baik dan kedua-duanya masih mengekalkan hubungan persahabatan meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga mereka sedang bermasalah selepas Husna memuat naik sebuah video di TikTok yang memaparkan dirinya menahan sebak, sekali gus mengundang pelbagai andaian daripada netizen.

Malah, tindakan pasangan berkenaan memadam gambar bersama di media sosial turut menambahkan lagi spekulasi mengenai hubungan mereka.

Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Dalam perkembangan lain, Husna dijadualkan kembali aktif di lokasi penggambaran menerusi sebuah drama bersiri baharu yang akan memulakan produksi pada penghujung Julai depan.

Sumber: mStar



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content