Syasya Rizal Akui Tak Mampu Halang Foto Lama Tular Semula

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal tidak mempunyai kuasa untuk menghalang foto atau video lama sebelum penghijrahan kembali dimuatnaik peminat.


Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, memilih untuk bersikap terbuka walaupun lebih selesa dengan imejnya yang sekarang.


"Mengenai imej lama, saya rasa saya tidak mempunyai kawalan terhadap perkara itu.


"Memandangkan sudah sedia ada di luar sana, saya tidak boleh sesuka hati mengarahkan semua orang supaya tidak memuat naik semula video atau foto lama.


"Saya juga merasakan tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jadi, saya biarkan sahaja dan kadangkala memberikan tanda suka jika ada yang menandakan (tag) nama saya," katanya.


Bagaimanapun, bekas kumpulan Dolla itu tidak menafikan lebih gemar sekiranya memori lama tidak lagi dihangatkan demi menghormati fasa kehidupannya yang terkini.


"Jika diberi pilihan, sudah tentu saya tidak mahu imej lama itu dikongsi semula. Imej tersebut memaparkan versi diri saya yang berbeza berbanding siapa saya sekarang.


"Saya lebih selesa dan mahu orang yang baru mengenali saya melihat Syasya Rizal yang hari ini.


"Namun, memandangkan perkara itu tidak boleh dikawal, saya terpaksa menerimanya," ujarnya.


Sejak mendirikan rumah tangga pada April 2024 dengan Nasrullah Mohd. Sapie, Syasya dilihat semakin bahagia meniti fasa baharu sebagai seorang isteri dan tampil dengan imej lebih sopan.


Penghijrahannya kepada imej yang lebih sopan dan menutup aurat bukan sahaja disenangi peminat, malah dia terus menerima pujian serta sokongan padu daripada masyarakat yang menyokong perubahan positif tersebut. 


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

103 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content