Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
PENYANYI Syasya Rizal selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Syasya turut menyatakan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya itu dan memohon doa orang ramai agar bayi mereka membesar dengan sihat serta menjadi penyeri keluarga.

"Masya-Allah TabarakAllah, Alhamdulillah 1 Disember 2025 lahirlah seorang lagi cahaya mata dalam hidup mama (panggilan Syasya) dan bapak (panggilan suami).
"Lahirlah puteri kami. Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang dan bimbing.
"Selamat datang ke dunia, sayang kecil mama," katanya.
Syasya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Selasa.
Dalam hantaran dibuat, Syasya turut berkongsi video memaparkan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie mendukung anak keduanya itu .
Untuk rekod Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah pada 20 April tahun lalu dan dikurniakan anak sulung, Mohd Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.
SUMBER: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|165 Views
No Comments yet
Be the first to comment.