Syatilla Tak Berdiam Diri, Dakwa Syida Hadap Individu Narsisistik

Pelakon Syatilla Melvin tampil mempertahankan adiknya, Syida Melvin, selepas usahawan itu mendedahkan beberapa isu berkaitan rumah tangganya baru-baru ini.

Menurut Syatilla, 35, dia sebelum ini memilih untuk tidak campur tangan dalam urusan rumah tangga adik-beradik, namun situasi dihadapi Syida dianggap berbeza kerana didakwa melibatkan individu yang mempunyai gangguan personaliti narsisistik (NPD).

"Saya memang tak nak campur hal rumah tangga adik-beradik, tapi bila melibatkan NPD, saya kena turun padang gotong-royong.

"NPD bukan kes biasa-biasa," katanya menerusi Threads Syatilla Melvin.

Dalam masa sama, Syatilla mendedahkan masalah dihadapi Syida sebenarnya sudah lama berlaku namun keluarga mereka memilih untuk berdiam diri.

"Benda ini dah lama kami simpan. Yang pernah hadap sahaja faham.

"Kalau melibatkan benda lain aku memang tak kuasa campur hal rumah tangga orang. Tapi NPD ini kes istimewa. Darah daging aku," katanya lagi.

Menerusi satu lagi hantaran dalam InstaStory, pelakon itu turut menegaskan hubungan mereka sebagai adik-beradik kekal utuh selain sentiasa menjadi sistem sokongan antara satu sama lain.

"Mangsa NPD kali ini ada support system yang amat dahsyat kuat.

"Kalau orang lain mungkin dah gila, tapi adik aku tidak akan gila sebab dia tahu tak bernilai," tegasnya.

Terdahulu, Syida berkongsi mengenai isu tunggakan hutang membabitkan syarikat di bawah namanya bersama suami.

Malah, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada Disember tahun lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: mStar



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content