Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan Anwar Ibrahim

Taiwan mengesahkan penangguhan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status Taiwan sebagai sebahagian daripada China.

Jurucakap Kementerian Luar Taiwan, Hsiao Kuang-wei berkata, keputusan itu dibuat bagi melindungi kepentingan pelabur serta keselamatan ekonomi Taiwan.

Kontroversi tercetus selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia terhadap Dasar Satu China dalam wawancara bersama Al Jazeera pada Ogos lalu.

Kenyataan tersebut mendapat bantahan Taiwan yang bimbang ia boleh menjejaskan keyakinan syarikat tempatan untuk terus melabur di Malaysia, khususnya dalam industri semikonduktor.

Bagaimanapun, Taiwan menegaskan komunikasi dengan Malaysia masih diteruskan dan berharap rundingan pelaburan dapat disambung semula.

Taiwan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2025, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM233.02 bilion.

Sumber asal:



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content