“Tak Ada Manusia Sempurna” - Hairul Azreen Tak Mahu Dijadikan Idola Rumah Tangga

Pelakon Hairul Azreen mendedahkan kunci kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri, Hanis Zalikha adalah dengan memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga sendiri selain menjaga komunikasi antara satu sama lain.

Menurut Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 38, dia dan isteri juga tidak terlalu mengambil tahu mengenai kehidupan orang lain bagi mengelakkan timbul perkara negatif dalam hubungan mereka.

"Masalah rumah tangga alhamdulillah okey, asalkan kita ada komunikasi bagus sebab saya tak ambil tahu dan tidak tahu apa jadi dekat orang lain.

"Bagi saya jaga diri sendiri dan isteri, asalkan kalau ada benda yang salah faham kami berbincang.

"Tapi lebih banyak berkomunikasi yang bagus, susahlah ada gaduh-gaduh yang besar. Zaman 'nak tak awak couple dengan saya', mungkin banyak bergaduh.

"Sekarang masing-masing dah faham tanggungjawab. Lebih fokus pada itu," katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu lagi, kejujuran, amanah dan tanggungjawab menjadi asas penting dalam memastikan hubungan suami isteri kekal harmoni.

"Yang paling penting adalah kejujuran, amanah dan tanggungjawab. Kalau saya tak jujur dengan Hanis, dia pun tak percaya saya keluar training.

"Kalau Hanis keluar pergi kerja, saya pun tak percaya dia," ujarnya.

Dalam masa sama, Hairul berharap orang ramai tidak terlalu menjadikan rumah tangganya sebagai contoh sempurna kerana setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk membina kebahagiaan.

"Tak ada manusia yang sempurna. Setiap orang tahu macam mana nak buat yang terbaik untuk keluarga dia sendiri.

"Asalkan dua-dua saling menghargai. Saya gembira tengok Hanis dengan Cakenis dan dia pun seronok tengok saya buat Hyrox," katanya.

Malah, Hairul mengakui hubungan mereka kini semakin manis sehingga terasa seperti kembali bercinta.

"Saya pernah cakap dekat Hanis, saya rasa macam nak mengurat dia semula.

"Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat," kongsinya.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content