"Tak Cukup Masa Latih" - Erma Fatima Tak Ambil Pelakon Baharu Untuk Filem Arahannya

Bakal tampil dengan filem arahan baharu, Erma Fatima yang juga seorang penerbit menegaskan enggan mengambil pelakon baharu bagi membintangi naskhah berkenaan yang bakal memulakan penggambaran. 


Menurut Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, selepas berehat lama daripada dunia pengarahan, dia ingin memastikan pelakon yang terlibat mempunyai pengalaman dan bersedia sepenuhnya sebelum memasuki set penggambaran.


"Saya sudah lama berehat daripada mengarah filem jadi bila saya nak buat 'comeback', saya harus memastikan saya dapat pelakon yang hebat supaya pelakon-pelakon ini bersedia untuk masuk set dan mereka tahu apa yang mereka lakukan.


"Waktu pula tidak mencukupi untuk saya latih pelakon. Tapi kalau saya ada pelakon baru, bukan nak kata mereka tak bagus, tetapi saya perlukan masa untuk training. Jadi kalau dia gagal, dia akan merosakkan impian saya. 


"Filem ini adalah sesuatu yang sangat besar untuk saya. Isunya berat dan besar yang bersangkut paut dengan Islam," katanya kepada mStar. 




Dalam pada itu, Erma berkata setakat ini proses pemilihan sudah selesai namun dia masih enggan mendedahkan senarai penuh barisan pelakon utama. 


Bagaimanapun, pengarah filem Embun ini mengesahkan beberapa pelakon pembantu yang akan memegang watak penting dalam filem tersebut.


"Sekarang masih dalam peringkat awal, baru lepas proses pemilihan pelakon. Tak mahulah sebutkan pelakonnya sekarang tapi yang akan menjadi pelakon pembantu adalah Eman Manan, Datin Seri Umie Aida, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Vanida Imran. 


"Ini adalah pelakon yang akan menjayakan watak ayah dan ibu kepada hero dan heroin," ujarnya. 


Mengulas lanjut mengenai naskhah terbaharunya itu, Erma berkongsi filem tersebut akan mematuhi syariah sepenuhnya.


"Saya dah lama tak mengarah filem. Saya dah lama dah saya 'break'. Saya membawa hati, merajuk kononnya tak tahu apa yang dirajuk. Tapi sekarang sedang membuat persiapan untuk menghasilkan filem.


"Insya-Allah tahun depan mula penggambaran. Filem yang saya akan buat ini adalah filem islamik yang patuh syariah... betul-betul patuh syariah," tegasnya.


Sumber: mStar




0 Comments

|

158 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content