Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelawak, Tauke Jambu, enggan memanjangkan isu apabila enam meja di gerainya di Pasir Penambang, Kuala Selangor, hilang dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Tauke atau pemilik nama Zamatul Amri Zakaria, 49, turut mendoakan agar kehidupan pencuri tersebut senang agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
"Tak mengapalah. Saya doakan si pencuri itu semoga hidupnya cepat senang dan jadi kaya. Maka bila dah jadi kaya, dia tak mencuri lagi. Tak mengapalah, tiada rezeki," kata Tauke
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Tauke turut mendedahkan dia baru sahaja bercadang untuk menambah meja di gerainya.
"Meja makan di kedai saya dah hilang, kena curi enam biji. Kita baru sahaja nak tambah meja. Tapi, nampak gayanya meja kita kena curi dan hilang," katanya.
Terdahulu, perniagaan lempeng RM1 Tauke mendapat sambutan luar biasa sejak tular di media sosial.
Perniagaan Tauke turut mendapat pujian ramai kerana menawarkan makanan dengan harga mampu milik.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|166 Views
No Comments yet
Be the first to comment.