"Tergedik-gedik Pandang Mata Wanita Lain" - Uqasha Senrose Perli Kamal Adli?

Pelakon popular, Uqasha Senrose, 33, kembali menjadi tumpuan warganet apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap sinis mengenai gelagat seorang suami yang didakwa 'memandang mata wanita lain'.


Menerusi sesi 'live' di TikTok baru-baru ini, Uqasha tidak menyebut sebarang nama namun ramai warganet mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli.


"Siapa yang buat konten tergedik-gedik pandang mata perempuan ketika masih lagi seorang suami?" katanya.


Klip berkenaan tular selepas beberapa pengguna TikTok memuat naik semula rakaman tersebut, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan perdebatan. 




Ada yang merasakan Uqasha sekadar memberi contoh umum, namun majoriti warganet menganggap kenyataan itu jelas berupa sindiran.


Pemerhatian di media sosial juga mendapati ramai peminat berharap agar isu tersebut tidak diperbesarkan dan menggesa Uqasha agar tidak memberikan sebarang komen mengenai pergolakan rumah tangga.


Untuk rekod, Uqasha dan Kamal berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.



SUMBER: IG XTRA




0 Comments

|

161 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content