Terima Hadiah Iphone 17, Along Kamaludin Puji Fasha Sandha Sahabat Yang Baik

Pengarah Along Kamaludin terharu dan tidak menyangka menerima hadiah istimewa berupa sebuah telefon pintar jenama iPhone 17 daripada rakan pelakon Fasha Sandha.

Menganggap pemberian tersebut sebagai sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya, Along atau Shahrom Kamaludin, 60, turut memuji keperibadian sahabatnya itu yang disifatkan pemurah dan baik hati.

"Terima kasih atas hadiah berharga ini, sahabatku Fasha. 

"Kamu benar-benar seorang yang sangat baik, rendah hati, berhati mulia, dan penuh dengan kelembutan.

"Sentiasa menghormati semua orang, tidak pernah memandang status atau kasta. Ini merupakan tanda penghargaan untuk kamu," katanya. 

Along berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam hantaran dibuat, Along turut berkongsi foto telefon pintar warna jingga yang diterima lengkap dengan ucapan terima kasih daripada Fasha dipercayai sebagai tanda penghargaan atas kerjasama mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Along turut mengakui bahawa dia tidak pernah menjangkakan akan menerima hadiah sedemikian, apatah lagi daripada seorang rakan dalam industri seni.

"Terima kasih, tidak pernah terfikir semua ini. Alhamdulillah," ujarnya.

Sumber: mStar



0 Comments

|

226 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content