Tiara Jelaskan Sebab Ada Dua Watak Puteri Gunung Ledang

“Ini kesinambungan PGL jadi saya pilih dua orang dan seorang understudy (simpanan) yang saya inginkan untuk jangka masa panjang.”

Demikian jelas pengarah teater, Puan Sri Tiara Jacquelina susulan kekeliruan orang ramai mengenai pemilihan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM).

Menurut Tiara, 58, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan kesinambungan teater berkenaan selain melatih lebih ramai pelakon untuk menghidupkan watak ikonik tersebut pada masa akan datang.

"Bukan mudah nak cari Puteri. Saya sendiri kalau nak jadi Puteri pun bukan mudah. Kena latihan, kena dalami budaya Jawa sebab itu bukan budaya dan bahasa kita.

"Jadi alang-alang nak ada pementasan baharu, saya mahu latih dua orang sekali," katanya.

Tambah Tiara, pendekatan tersebut juga memberi ruang sekiranya salah seorang pelakon tidak dapat menjayakan persembahan pada waktu tertentu.

"Kalau salah seorang tidak ada masa, akan ada penggantinya. Kalau satu tak bersedia, akan ada satu lagi.

"Dua yang utama dan seorang understudy. Kiranya ada tiga dan ini memang niat saya untuk kesinambungan," ujarnya.

Dalam masa sama, Tiara memberitahu pendekatan sama turut digunakan untuk watak Bayan yang dibawakan oleh Mimi Fly dan Nadia Aqilah.

"Semua melalui latihan budaya Jawa, tarian dan persediaan lengkap sebagai Puteri. Bila-bila masa diperlukan, mereka sudah bersedia," jelasnya.

Tiara turut mendedahkan pelakon understudy bagi watak utama itu mempunyai latar belakang teater yang cukup hebat.

"Bukan mudah nak pilih understudy sebab semua berbakat. Kalau boleh saya nak semua sekali dalam produksi ini," katanya.

Terdahulu, pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai watak utama Puteri Gunung Ledang The Musical menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan keperluan dua pelakon untuk satu karakter ikonik tersebut.

Sumber: mStar



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content