Tiz Zaqyah Dedah Sikap Wartawan Hiburan, Sarimah Ibrahim Dan Aeril Zafrel Turut Kongsi Pengalaman

Pendedahan pelakon Tiz Zaqyah mengenai pengalaman kurang menyenangkan dengan seorang wartawan hiburan terkenal, Zubir Mohd Yunus, mengundang perhatian ramai termasuk beberapa selebriti lain yang tampil berkongsi kisah masing-masing.

Menerusi hantaran di Threads, Tiz mendakwa wartawan terbabit sering menghubungi artis wanita atas urusan temu bual namun perbualan dikatakan kerap bertukar menjadi terlalu peribadi dan tidak selesa.

Menurut Tiz, individu berkenaan juga didakwa gemar mengajak artis keluar minum atau makan bersama kenalan bergelar Datuk.

"Dia suka telefon artis untuk interview, tapi kebanyakan masa cerita dia jadi toxic. Dia ajak pergi kopi atau makan pizza dengan 'Dato friends' dia," tulisnya.

Tiz turut berkongsi satu kejadian apabila bapanya pernah menegur wartawan tersebut secara berdepan ketika sebuah majlis pelancaran aplikasi beberapa tahun lalu.

Perkongsian pelakon drama Nur Kasih itu kemudian mendapat respons daripada pengacara dan pelakon Sarimah yang mendakwa individu sama pernah cuba melaga-lagakan artis selain meminta dirinya bergaya seksi ketika sesi fotografi.

"Dia cuba buat saya dan artis lain 'have beef'. Siap suruh saya pose 'Seksi Mah! Seksi lagi Mah!'," katanya.

Sementara itu, aktor Aeril Zafrel turut mengimbau kembali tekanan yang pernah dialami bersama isterinya, susulan isu membabitkan status perkahwinan mereka suatu ketika dahulu.

"Lepas isu ni saya dengan Wawa hari-hari depression. Orang kata perkahwinan kami tak sah, anak kami tak sah taraf," tulis Aeril.

Bagaimanapun, Aeril berkata perkara tersebut sudah lama berlalu dan mereka memilih untuk memaafkan semua yang berlaku.

"Benda pun dah lama berlalu, kami dah maafkan semua," katanya lagi.

Hantaran beberapa selebriti itu kini hangat diperkatakan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut selain menyifatkan isu berkenaan membuka semula perbincangan mengenai etika dalam dunia hiburan dan media.



0 Comments

|

27 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content