Tular Didakwa Sertai Ritual Bertentangan Syarak, Aliff Daniel Dan Ibu Ditahan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki dikenali sebagai Aliff Daniel, 21, bersama ibunya, 52, susulan dakwaan penglibatan dalam ritual keagamaan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, kedua-duanya ditahan di Kuala Lumpur pada 13 Oktober menerusi waran tangkap Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Penahanan itu dibuat selepas gambar dan video yang didakwa memaparkan Aliff menyertai ritual keagamaan bukan Islam, termasuk ketika sambutan Thaipusam, tular di media sosial.

Kedua-duanya kini disiasat mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, manakala sekurang-kurangnya 14 individu lain dijangka dipanggil bagi membantu siasatan.

JAIS turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sementara siasatan dijalankan.

Sumber asal:



0 Comments

|

49 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content