Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pengurus pelakon Mia Sara Nasuha yang dikenali sebagai Melaka Boy tampil berkongsi keadaan pelakon itu susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat aktres Puteri Balqis dan netizen di media sosial.
Melaka Boy atau nama sebenarnya V Prashan Chitty ketika dihubungi memaklumkan Mia berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun pihaknya belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Buat masa sekarang tiada apa yang boleh kami katakan. Mengenai keadaan Mia pula, dia okay dan kami ada berhubung secara dalaman," katanya.
Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Mia bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.
Sebelum ini Puteri Balqis tampil membuat pendedahan di media sosial mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti mengunjungi kelab malam, minum arak, mengambil dadah serta dipercayai pernah menggugurkan kandungan.
Malah di aplikasi Threads turut tular beberapa video dan foto dipercayai Mia berada dalam keadaan tidak bertudung dan berimej seksi sedang berhibur di kelab malam.
Isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis berasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dia serta ibunya di hadapan orang ramai.
Malah mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|140 Views
No Comments yet
Be the first to comment.