Video Lucah Mirip Penyanyi Lelaki Tular, Didakwa Sengaja Jual Di Telegram

Kecoh di media sosial apabila beberapa klip video lucah mula tersebar didakwa menyerupai seorang penyanyi lelaki tempatan bersama wanita dipercayai bekas teman wanitanya


Difahamkan terdapat empat video melibatkan penyanyi itu dengan durasi keseluruhan hampir 20 minit tersebar di beberapa platform termasuk aplikasi Telegram.


Video itu mula bertebaran apabila netizen mendakwa lelaki dalam video tersebut merupakan penyanyi muda yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini susulan wajahnya yang kelihatan jelas dan tidak dikaburkan.


Keadaan menjadi lebih kecoh apabila segelintir netizen mendakwa penyanyi itu sendiri menjadi dalang penyebaran video berkenaan.


Dakwanya, lelaki berkenaan tidak berpuas hati apabila hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan. 


"Saya baru faham cerita. Rupanya perempuan itu tidak lagi mahukan lelaki tersebut, jadi lelaki itu sebarkan kisah mereka dan dia sendiri jual video di Telegram. 


"Macam-macam perangai budak zaman sekarang. Kalau orang sudah tidak mahu, berpada-padalah. Tak takut masuk penjara ke ugut bekas teman wanita?," luah netizen di X. 


Bagaimanapun setakat ini dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan memandangkan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan penyanyi berkenaan.


Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari pihak penyanyi tersebut.


Untuk rekod, penyanyi terbabit pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila muzik video lagu popularnya dikritik netizen kerana didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.


Sumber: mStar



0 Comments

|

395 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content