Wan Scoin Masuk Zon Kuning Hospital, Saluran Darah Jantung Dipercayai Tersumbat
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #wanscoin
- #kumpulanscoin
- #jantungtersumbat
Penyanyi kumpulan Scoin, Wan Scoin dilaporkan berada di zon kuning Hospital Segamat selepas dipercayai mengalami saluran darah jantung tersumbat, semalam.
Perkara itu disahkan pengurus peribadi kepada Mamat Exist iaitu Azizul Abu Hassan yang memaklumkan berita berkenaan diterima daripada isteri penyanyi terbabit.
"Setakat ini Wan sudah dibawa ke Hospital Segamat. Menurut isterinya, doktor mengesahkan saluran darah jantungnya tersumbat dan kini dia ditempatkan di zon kuning," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, isteri Wan memaklumkan keadaan suaminya agak kritikal dan berisiko tinggi sekiranya tidak mendapatkan rawatan segera.
"Doktor kata kalau dia tidak makan ubat atau tidak datang ke hospital tadi, keadaannya memang sangat berisiko.
"Bila-bila masa sahaja boleh berlaku sesuatu kalau dibiarkan begitu," katanya menerusi rakaman suara WhatsApp yang dikongsikan Azizul.
Menurutnya lagi, pihak hospital kini memberikan ubat pencair darah bagi membantu menstabilkan keadaan penyanyi tersebut.
Terdahulu, berita mengenai keadaan kesihatan Wan mula diketahui ramai selepas pemain dram kumpulan Leon, Acong memuat naik hantaran di Facebook memohon orang ramai mendoakan kesembuhan penyanyi itu.
"Mohon sahabat semua doakan kesembuhan buat sahabat kita, Wan Scoin.
"Beliau rebah ketika keluar dari tandas selepas mengadu sakit dada. Moga kau baik-baik saja, Wan," tulisnya.
Untuk rekod, Wan Scoin atau nama sebenarnya Redzuan Abdul Manan pernah popular menerusi lagu Rindu-Rinduan Jadi Kenangan dan Ku Menangis Kehilanganmu sekitar penghujung era 2000-an.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|17 Views
No Comments yet
Be the first to comment.