Wani Kayrie Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Sempena Hari Jadi

Penyanyi, Wani Kayrie, 26, terus membahagiakan ibunya, Rukiah Kalapukong atau Kay Sabah apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah bersempena hari jadi ke-46.


Terdahulu, Wani Kayrie atau nama sebenar Syazwani Abdullah berkongsi hantaran video bersama ibunya di Instagram (IG) ketika berkunjung ke gedung jualan kenderaan untuk mengambil hadiah sebagai kejutan istimewa.


"MasyaAllah Tabarakallah, pejam celik dah 8 tahun rupanya dari 'last surprise' mama untuk 'birthday' dia. Kali ini tahun baru, rezeki baru, pencapaian baru.


"Sebenarnya mama dah lama teringin nak ada kereta besar dan selesa sebab kerja kena jalan jauh dan 'outstation' selalu.


"Dengan hadiah ini, kak harap dapat memudahkan urusan kita selalu dalam menjayakan usaha untuk kembangkan 'team' Wani Kayrie Entertainment yang baru masuk 1 tahun semalam," tulisnya pada hantaran dimuatnaik itu.


Menurut penyanyi lagu Cak Cak Cekuk dan Jangan-Jangan ini lagi, dia sangat berterima kasih kepada ibunya kerana selalu mendoakan agar dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kerjaya yang diminati.


"Terima kasih juga mama selalu doakan kak murah rezeki dan berjaya dalam apa jua kerja kak. Kakak tak akan dapat capai semua ini tanpa semangat dan doa dari mama dan adik-adik.


"Lepas ini, dah boleh 'short vacay' (percutian pendek) selalu tanpa sakit badan kan?" tulisnya.


Menurut Wani Kayrie, menerusi kejutan istimewa 'last minute' dilakukannya, dia tidak dipedulikan oleh ibunya dalam beberapa minit kerana teruja mendapat hadiah kereta mewah berkenaan.


Sebelum ini, Wani Kayrie pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibu tercinta Honda BRV sempena hari jadinya ke-40 ketika dia berusia 18 tahun pada 2018.


Wani Kayrie yang juga anak sulung daripada tiga beradik tidak hanya aktif menyanyi, tetapi turut melebarkan bakat seni sebagai pelakon dan pengacara.


Bagaimanapun, hadiah berkenaan disifatkan Wani Kayrie tidak setara dengan pengorbanan dan kasih sayang dicurahkan ibunya terhadap keluarga.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

104 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content