"Ya Allah, Gugur Jantung Kami..." - Anak Ryzal Ibrahim Tidak Sedarkan Diri Selepas Jatuh Katil

Usahawan dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi detik mencemaskan apabila anak lelakinya, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Ryzal mendedahkan dia dan isterinya, Maryam You Narae, bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan hospital selepas melihat keadaan Rian yang tidak memberi sebarang respons.

Menurutnya, Rian pada mulanya menangis dengan kuat sebelum tiba-tiba diam dan menutup mata seolah-olah tertidur.

"Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil.

"Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke kecemasan," katanya.

Situasi itu menjadi semakin mencemaskan apabila Rian tidak menunjukkan sebarang tindak balas sepanjang perjalanan ke hospital walaupun mereka berusaha menyedarkannya.

"Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke wad kecemasan tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya.

"Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.

"Berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah," luahnya.

Ryzal turut memuat naik rakaman video memaparkan suasana cemas di dalam kereta ketika mereka bergegas ke hospital.

Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kecemasan, Rian dilaporkan kembali sedar namun masih dalam keadaan lemah dan tidak memberikan sebarang reaksi seperti menangis atau bercakap.

Sumber: mStar



0 Comments

|

9 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content