"Yang Penting Tak Kena Penjara" - Fazura

Ketika kes hak lawatan anaknya menjadi bualan ramai, pelakon Nur Fazura dilihat kekal tenang berdepan situasi tersebut.

Menerusi sebuah video yang tular di platform Threads, Fazura, 42, dilihat baru sahaja selesai menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Dalam suasana santai itu, mereka sempat berseloroh mengenai isu berkenaan apabila Fazura berkata dia tidak akan dipenjarakan kerana tidak melanggar sebarang perjanjian.

"Yang penting saya tak dipenjara oleh peguam saya. Sebab sudah berjanji, saya tak langgar perjanjian," katanya.

Malah dalam video sama, Fakhrul Azman turut kedengaran bersetuju bahawa Fazura tidak melanggar perjanjian yang ditetapkan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap ketenangan dan semangat yang ditunjukkan Fazura.

Sebelum ini, bekas suaminya iaitu Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin dilaporkan mengemukakan permohonan secara ex parte terhadap aktres berkenaan atas dakwaan melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak.

Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.

Namun, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital tersebut.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Sumber: mStar



0 Comments

|

25 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content