"Yang Tamat Tempoh Itu Makanan, Bukan Anak Seni" — Fazley Pertahan Penyanyi Senior

Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berpendapat kemunculan semula penyanyi senior untuk mengadakan konsert tidak sepatutnya dihakimi berdasarkan vokal atau rupa fizikal semata-mata.

Menurut Fazley, 48, usaha artis lama yang masih sanggup kembali ke pentas demi menghiburkan peminat wajar dihargai dan diraikan.

"Bila ada penyanyi senior kembali buat konsert, tak perlulah bandingkan suara, rupa atau fizikal mereka dengan zaman muda dahulu.

"Cukuplah kita berseronok dengan persembahan dan hargai mereka yang masih sudi berusaha menghiburkan kita semula.

"Yang ada tamat tempoh itu makanan. Insan seni dan karya tiada," katanya menerusi Threads.

Dalam masa sama, pelantun lagu Asmara itu turut menjelaskan bahawa penganjuran konsert memerlukan persiapan yang besar dan bukan sesuatu yang mudah dilakukan.

"Nak buat konsert bukan senang. Bukan macam masak ayam gepuk, banyak perkara perlu disiapkan walaupun habis makan lima minit saja.

"Persediaan konsert sangat mencabar, malah nak menghabiskan satu persembahan itu sendiri perlukan usaha yang besar," ujarnya lagi.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada kritikan segelintir netizen terhadap persembahan penyanyi Fauziah Latiff dalam konsert solonya yang berlangsung malam tadi.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, ada netizen mendakwa nyanyian penyanyi yang mesra disapa Jee Latiff itu tidak lagi seperti zaman kegemilangannya dan kurang mampu mencapai not tinggi seperti dahulu.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

15 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content