Yuna Cipta Sejarah, Artis Malaysia Pertama Raih 1 Bilion Strim di Spotify

Penyanyi Yuna melakar sejarah apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama mencapai 1 bilion penstriman di platform Spotify baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pencapaian tersebut, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai mengakui kejayaan itu tidak pernah dijangka dan hadir sebagai kejutan manis dalam perjalanan seninya.

"Alhamdulillah. Sejujurnya, bila saya mulakan perjalanan ini, saya tak pernah letakkan sasaran untuk capai 1 bilion penstriman.

"Walaupun saya dianggap artis besar, sasaran itu terasa agak jauh dan tidak realistik untuk saya. 1 bilion strim ini membuktikan walaupun saya bergerak secara bebas, saya masih boleh lakukannya.

"Jadi bagi saya, selagi ada orang dengar dan terus strim lagu-lagu saya, saya sudah cukup bersyukur dan gembira," katanya kepada mStar.

Yuna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Ajar Aku nyanyian Aizat Amdan bersama Sekumpulan Orang Gila di Kuala Lumpur.

Menurut Yuna, dia hanya mengetahui berita gembira tersebut selepas dimaklumkan oleh seorang peminat setianya yang sentiasa mengikuti perkembangan kerjayanya.

Walaupun pernah aktif berkarya di luar negara, penyanyi berusia 40 tahun itu tetap bersyukur apabila peminat di Malaysia terus memberikan sokongan.

"Ia bukan satu sasaran, tapi sesuatu yang datang secara semula jadi. Saya buat muzik untuk seronok, bersama kawan-kawan dan untuk diri sendiri.

"Jadi ini seperti bonus yang indah dalam kerjaya saya, dan juga untuk rakyat Malaysia.
Saya gembira kerana sehingga hari ini, peminat terutama dari Malaysia masih menyokong dan menstrim lagu saya. 

"Kalau nombor satu biasanya dari Amerika Syarikat, nombor dua selalunya Malaysia," ujarnya.

Dalam masa sama, Yuna menegaskan dia bukan individu yang terlalu mengejar angka atau pencapaian, sebaliknya lebih menumpukan kepada karya bermakna.

"Saya rasa orang pun tahu saya bukan jenis yang terlalu memikirkan perkara itu. Bukan tak kisah, tapi saya tak terlalu menekankan pencapaian.

"Bagi saya, 1 bilion itu bagus. Tapi yang penting sekarang, apa seterusnya?

"Saya mahu cari projek yang bermakna dan memberi kepuasan jiwa. Kalau saya dapat buat itu, saya sudah gembira," katanya.

Terdahulu, nama Yuna menjadi perhatian apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama mencecah 1 bilion strim di Spotify.

Berdasarkan perkongsian peminat, Yuna kini mempunyai lebih 3.7 juta pendengar bulanan dengan jumlah pengikut melebihi 476,000 pengguna.

Antara negara yang mencatat jumlah pendengar tertinggi bagi karya Yuna ialah United States, Malaysia, Indonesia, Singapore dan Australia.

Sumber: mStar



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content