Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan penjualan pakaian dalam miliknya menerusi kaedah bidaan di media sosial.
Zarina atau Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, berkata terdapat pasangan suami isteri yang sanggup membida pakaian dalam tersebut sehingga mencecah RM4,200.
"Pasangan suami isteri membida baju dalam pada harga RM4,200. Ada tawaran lebih tinggi tak? Jomlah," katanya.
Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
Bagaimanapun, bidaan itu tidak terhenti di situ apabila Zarina kemudian mengemas kini bahawa baju dalam tersebut telah pun dilelong dengan harga tertinggi sebanyak RM5,800.
Menerusi hantaran itu, Zarina menjaga privasi pembeli apabila tidak mendedahkan nama atau wajah, sebaliknya berkongsi bukti bayaran yang dibuat menerusi perbualan di WhatsApp.

Menurut Zarina, pakaian dalam miliknya itu merupakan barangan preloved dan akan dijual kepada pembida tertinggi.
"Baju dalam berjenama saya (preloved) untuk dijual. Akan dijual kepada pembida tertinggi.
"Harga permulaan RM1,588 akan diumumkan esok. Ini memang akan jadi menyeronokkon, nantikan," ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Anak Pontianak itu turut tampil mempertahankan tindakannya serta menegaskan kehadirannya di media sosial adalah atas tujuan perniagaan.
"Tolong faham satu perkara, saya berada di media sosial untuk buat duit bukan untuk cari kawan.
"Jadi saya tak perlu datang sini (media sosial) untuk cari pengesahan daripada sesiapa.
"Kalau tak suka cara saya tak mengapa sebab tak menjejaskan baki akaun bank saya pun. Anda buat cara awak sendiri, saya tetapkan doakan yang terbaik untuk anda semua," katanya.
Sebelum ini, Zarina mencetus kontroversi apabila mempromosikan akaun telegram yang dijual secara terbuka untuk dilanggan.
Ramai netizen membuat spekulasi akaun telegram tersebut dibuka bagi tujuan menjual kandungan lucah.
Namun, aktres berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tiada sebarang kandungan aksi panas disediakan.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|162 Views
No Comments yet
Be the first to comment.