Zed Zaidi Nasihat Pelakon Muda Daftar Sebagai Ahli SENIMAN

Pelakon, Zed Zaidi, menyeru semua pelakon termasuk anak seni yang baru berkecimpung dalam industri hiburan untuk mendaftar sebagai ahli SENIMAN.


Katanya, pendaftaran kini lebih mudah kerana boleh dilakukan secara atas talian kerana SENIMAN sudah mempunyai laman sesawang sendiri.


"Menggalas tugas Presiden ini sebenarnya sangat berat dan mencabar berikutan SENIMAN sendiri mempunyai lebih 8,000 ahli berdaftar kita setakat sekarang dan pada masa sama, masih ramai lagi pelakon baharu yang belum berdaftar.


"Saya faham kebanyakan pelakon baharu ini sekarang mungkin sibuk dengan tawaran berlakon diterima yang tidak putus-putus, namun kena ingat mendaftar dengan persatuan sebagai ahli juga penting.


"Malah, sebenarnya untuk mendaftar dengan SENIMAN pun sudah mudah dan cepat sebab kita kini ada laman sesawang sendiri termasuk semua maklumat terbaharu sentiasa dikemaskini ke semua platform media sosial.


"Sekarang semuanya hanya di hujung jari sahaja kerana seiring dengan sistem pendigitalan yang bersesuaian pengaruh teknologi masa kini, segala perkara semakin mudah dan senang untuk semua pihak," ujarnya.


Ditanya juga mengenai keterbukaannya jika jawatan Presiden SENIMAN itu dipegang oleh individu lain dipilih, Zed menjelaskan dia sentiasa bersedia kerana sedar pemilihan seseorang pemimpin itu dibuat oleh ahli persatuan.


"Sebelum pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan, saya okay sahaja sekiranya ahli ingin menukar Presiden baharu. Ini kerana, saya tahu sesiapa sahaja boleh dicalonkan sebagai Presiden dan layak bertanding.


"Saya pun sudah lama pegang jawatan Presiden SENIMAN ini sejak 2012 lagi dan segala tanggungjawab digalas tidak mudah. Kita sebagai ketua yang memimpin persatuan kena aktif terutama menganjurkan 'event' (acara) untuk mengumpul dana.


"Nak fikir penat, memang sangat penat tapi kita (persatuan) tetap kena buat juga. Apatah lagi, terus terang saya cakap segala khidmat yang kita buat untuk persatuan ini secara sukarela kerana tidak dibayar gaji. Inilah pengorbanan dan cabarannya.


"Kalau sanggup bekerja tiada gaji, okaylah. Apapun, saya berterima kasih kepada semua ahli SENIMAN yang masih yakin dan percaya untuk memilih saya sebagai Presiden bagi penggal yang baharu ini. Saya akan terus berdedikasi," katanya.


Menurut Zed, dia gembira selama bersama SENIMAN menjadi Presiden sememangnya sudah dibuktikan dengan hasil 'buat kerja' bagi memastikan persatuan itu sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti yang dapat membantu artis dan penggiat seni.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

156 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content