Zehra Zambri Penat Naik Turun Mahkamah, Dakwa Bekas Suami Kurang Empati Terhadap Anak

 Penyanyi Zehra Zambri mengakui berdepan keletihan emosi dan kewangan apabila masih perlu berulang-alik ke mahkamah bagi menyelesaikan beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Menurut Zehra, segala tindakan yang diambil terpaksa dilakukan mengikut saluran undang-undang selepas usaha berbincang secara baik antara kedua-dua pihak didakwa tidak menemui jalan penyelesaian.

"Perkara ini sudah lama berlaku dan saya pun penat naik turun mahkamah. Mungkin saya perlukan nasihat peguam supaya dia boleh berlembut sedikit.

"Melawat anak atau bertanya khabar pun tidak. Huluran untuk persiapan raya anak pun tiada. Tetapi Alhamdulillah, anak tetap dapat beraya dengan baik hasil sokongan keluarga," katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Semalakama itu berkata, apa yang dituntut hanyalah hak untuk anak serta dirinya sepanjang bergelar isteri kepada lelaki berkenaan.

Dalam masa sama, Zehra turut mendedahkan dia memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi membersihkan reputasinya daripada dakwaan yang didakwa menjejaskan kerjaya seni.

"Selain kes tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah, saya juga failkan saman fitnah terhadap bekas suami.

"Kalau saya tidak ambil tindakan, dakwaan itu akan terus menjatuhkan reputasi saya. Orang pun tertanya-tanya sama ada kes pukul suami itu sudah selesai atau belum, sedangkan kejadian itu tidak berlaku," katanya.

Tambah Zehra, dia kini perlu menanggung kos guaman yang tinggi memandangkan setiap kes memerlukan peguam berbeza, sedangkan pendapatan sebagai penyanyi tidak menentu.

"Memang banyak wang habis untuk bayar peguam. Saya bergantung kepada simpanan sendiri dan pendapatan daripada persembahan nyanyian," ujarnya.

Terdahulu, Zehra hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 29 April lalu bagi prosiding tuntutan nafkah anak, nafkah idah dan mutaah yang difailkannya terhadap bekas suami pada Januari lalu.

Perbicaraan pertama bagi kes tersebut dijadual berlangsung pada 25 Jun depan selepas kedua-dua pihak selesai mengemukakan keterangan.

Untuk rekod, Zehra Zambri dan Nur Mohd Iqwan Samsudin mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, Zehra memfailkan perceraian pada 7 Mac tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman sebelum mereka sah bercerai pada 20 Ogos tahun sama dengan hak penjagaan anak diberikan kepada Zehra.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

28 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content