Ziana Zain Belum Terfikir Kahwin Lagi, Utamakan Anak-Anak

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana keutamaan hidupnya kini tertumpu sepenuhnya kepada empat cahaya mata.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata, faktor usia serta tanggungjawab sebagai ibu membuatkan dia lebih selesa memberi perhatian kepada keluarga berbanding memikirkan soal cinta baharu.

"Sejujurnya, saya tidak terfikir pun. Pada usia menghampiri 60 tahun ini dan sejak bercerai dahulu lagi memang tidak terlintas.

"Bila tengok mata anak-anak, saya tidak sampai hati. Takut mereka terasa, apatah lagi mereka sudah kehilangan satu sisi kasih sayang sebelum ini," katanya.

Menurut pelantun lagu Madah Berhelah itu, kebimbangan utama sekiranya berkahwin semula adalah soal emosi anak-anak selain tidak mahu wujud jurang hubungan dengan figura bapa tiri.

"Saya takut jika berkahwin, tumpuan saya akan beralih. Anak-anak masih memerlukan kasih sayang lebih.

"Kalau berkahwin, itu bukan bapa sebenar mereka. Saya risau tiada persefahaman dan anak-anak akan terasa hati," ujarnya dalam audio siar yang dihoskan Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain.

Tambah Ziana, fokus hidupnya kini hanyalah memastikan kebahagiaan dan masa depan anak-anak terjamin.

"Keutamaan saya selepas Allah adalah anak-anak. Saya mahu hidup tenang bersama mereka, fikiran tenang, hati pun tenang.

"Saya mahu lihat mereka berjaya. Itu sahaja fokus saya sekarang.

"Kalau esok lusa ada ketentuan lain, itu urusan Allah. Tetapi buat masa ini, saya cuba elak dan fokus pada apa yang saya rasa penting," katanya.

Dalam masa sama, kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu menyifatkan dirinya seperti 'kenderaan' yang membawa anak-anak menuju kehidupan lebih baik.

“Saya ibarat kenderaan membawa anak-anak ke destinasi lebih baik.

"Itulah tugas saya sebagai ibu dan saya mahu laksanakan sebaik mungkin," luahnya.

Ziana sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 sebelum sah bercerai pada Julai 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.



0 Comments

|

9 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content