2.4 juta pemegang CDL tidak layak terima BUDI95 - Loke

PUTRAJAYA: Sejumlah 2.4 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) hilang kelayakan menerima Bantuan Budi Madani RON95 (BUDI95) susulan status lesen mereka terbatal kerana tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Ringkasan AI
  • Seramai 2.4 juta rakyat Malaysia hilang kelayakan menerima subsidi BUDI95 kerana lesen memandu mereka telah tamat tempoh melebihi tiga tahun dan terbatal secara automatik.
  • JPJ merekodkan lebih 925,000 lesen tamat tempoh kurang tiga tahun, dan individu yang hampir mencapai had tiga tahun diseru segera memperbaharui lesen untuk elak perlu menduduki semula ujian memandu.
  • Sejak pengumuman BUDI95, lebih 26,000 transaksi pembaharuan CDL telah dibuat, dan proses pembaharuan kini mudah melalui aplikasi MyJPJ yang hanya mengambil masa kurang dua minit.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), daripada kira-kira 15 juta lesen yang masih aktif, terdapat 925,421 yang tamat tempoh lesennya tidak melebihi tiga tahun.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 551,688 lesen tamat tempoh kurang setahun, 219,092 (antara satu hingga dua tahun), manakala 154,641 (antara dua hingga tiga tahun).
"Golongan ini diseru supaya segera memperbaharui lesen memandu mereka, khususnya 154,641 individu yang hampir mencapai had tiga tahun.
Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, sejak pengumuman berkaitan BUDI95 pada 22 September lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan CDL menerusi pelbagai saluran termasuk aplikasi MyJPJ, MySingCard, kios, dan kaunter JPJ di seluruh negara.
"Orang ramai diingatkan supaya menyemak tarikh tamat tempoh lesen masing-masing dan memperbaharui segera.
"Kini proses pembaharuan cukup mudah, malah menerusi aplikasi MyJPJ hanya mengambil masa kurang dua minit untuk diperbaharui," katanya.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan. Bagi bukan warganegara pula, harga RON95 ditetapkan pada RM2.60 bermula tarikh sama.
Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/24-juta-pemegang-cdl-tidak-layak-terima-budi95-loke-539839



0 Comments

|

276 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content