Adrian Teh Cipta Sejarah, Babak Aksi 'Single Take' Chelot Masuk MBOR

Pengarah terkenal Adrian Teh melakar sejarah baharu apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi filem aksi terbaharunya, Chelot.

Pengiktirafan tersebut diberikan selepas beliau berjaya menghasilkan babak aksi rakaman tunggal terpanjang dalam filem, sekali gus mencatat rekod dalam kategori *Longest Single-Take Action Sequence in a Movie*.

Babak berkenaan dirakam menggunakan satu kamera tanpa sebarang suntingan sepanjang 1.9 kilometer dengan durasi keseluruhan selama lima minit 19 saat.

Lebih membanggakan, penghasilan adegan tersebut melibatkan kira-kira 300 kru produksi selain memerlukan 150 hari persiapan dan 60 jam latihan intensif sebelum penggambaran dijalankan.

Menurut Adrian, kejayaan tersebut tidak mungkin dicapai tanpa komitmen dan kerjasama seluruh pasukan yang terlibat.

"Perancangan dan persediaan untuk babak tanpa suntingan tersebut mengambil masa berbulan-bulan kerana memerlukan pelaksanaan yang sangat teliti pada hari penggambaran.

"Pencapaian ini bukan kejayaan individu, tetapi hasil usaha kolektif seluruh pasukan produksi, yang direalisasikan dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Dalam masa sama, Adrian menjelaskan kemunculannya semula dalam genre aksi bukan sekadar mengulangi formula lama, sebaliknya hadir dengan pendekatan yang lebih segar untuk penonton tempatan.

"Selepas mengarahkan Malbatt: Misi Bakara pada 2022, saya memilih untuk berundur seketika daripada dunia aksi bagi memberi ruang meneroka genre serta penceritaan berbeza.

"Namun, kepulangan ini bukan sekadar untuk kembali ke genre yang sama, tetapi saya mahu kembali dengan sesuatu yang benar-benar segar, sesuatu yang belum pernah disaksikan dalam sinema Malaysia," ujarnya.

Chelot diterbitkan oleh ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film.

Terdahulu, poster teaser filem tersebut yang menampilkan Beto Kusyairy dan Shukri Yahya turut dilancarkan kepada umum.

Sumber: mStar



0 Comments

|

34 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content