Aisha Retno sah galas watak Puteri Gunung Ledang

Penantian peminat akhirnya terjawab apabila penyanyi Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama bagi pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical.


Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagram rasmi produksi PGL dalam satu hantaran khas yang dimuat naik pada Sabtu.

Menerusi perkongsian itu, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam digambarkan sebagai figura yang memiliki kekuatan vokal dan aura sesuai untuk menghidupkan watak ikonik berkenaan.

"Inilah salah satu puteri kami. Suaranya seakan tercipta untuk sebuah legenda.

"Anggun, lembut, namun menyimpan kekuatan di balik diamnya.

"Dan kini ia melangkah memasuki dunia Puteri Gunung Ledang... Aisha Retno," menurut kenyataan tersebut.

Lebih menarik, pementasan kali ini tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan dua interpretasi bagi watak Puteri Gunung Ledang.

"Buat pertama kalinya, dalam Puteri Gunung Ledang The Musical, dua puteri dan dua bayan akan menghidupkan kembali legenda ini.

"Kerana kisah cinta sebesar ini layak terus diwariskan kepada generasi berikutnya," kata pihak produksi.

Difahamkan, seorang lagi pelakon yang akan menggalas watak Puteri Gunung Ledang bakal diumumkan pada petang ini.

Sebelum ini, pihak produksi mengesahkan pementasan musim terbaharu akan menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan sebagai usaha menghargai legasi karya tersebut serta memastikan kesinambungannya kepada generasi akan datang.

Bagi watak Bayan, ia bakal dibawakan oleh Nadia Aqilah dan Mimi Fly.

Turut diumumkan sebelum ini ialah Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka, manakala Yusof Hashim memegang watak Gusti Adipati.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content