Altimet Terus Jaga Lembah Jaya

 "Lagi ramai orang kacau, saya lagi suka," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Ampang, Altimet mengulas jadual hariannya yang sering 'diganggu' masyarakat di kawasan yang diwakilinya.


Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad, 48, berkata dia juga tidak kisah diganggu walaupun pada waktu malam kerana tekadnya ialah mahu berkhidmat untuk masyarakat.


"Tak ada masalah. Kena ingat saya sudah angkat sumpah, jadi jangan cakap bila awak tak tahu apa tanggungjawab awak. Jangan cakap macam itu.


"Jarang nampak saya kat luar. Program peringkat negeri pun saya jarang pergi. Saya selalu dekat Lembah Jaya. Mengigau pun pasal Lembah Jaya.


"Ini cerita betul. Isteri saya kata saya mengigau pasal Lembah Jaya. Saya kata lagi bagus mengigau saya sebut nama kampung ini, nama taman. Itu lagi baik daripada saya sebut nama perempuan lain," katanya berseloroh.


Altimet berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengagihan beras fidyah 'Amanah Fidyah: Sekampit Beras, Seribu Makna' kepada asnaf di Lembah Jaya, Ampang, baru-baru ini.


Pada masa sama, pelantun lagu Amboi itu berkata, dia mengalu-alukan program anjuran syarikat swasta memandangkan masyarakat di kawasannya dikategorikan miskin bandar.


"Salah satu yang membimbangkan saya ialah isu kebantutan dalam kalangan anak-anak sebab kekurangan nutrisi dan sebagainya.


"Perkara macam ini, usaha-usaha macam ini memang kami cuba lebihkan sedikit di kawasan Lembah Jaya," katanya yang dipilih mewakili penduduk di kawasan itu sejak Ogos 2023.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

111 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content