Amerul Affendi Mahu Keluarkan Produk Kismis Selepas Fenomena ‘Inspektor Kismis’

Watak Inspektor Kamal yang dibawakan pelakon Amerul Affendi dalam drama bersiri 'Good Boys Go To Heaven' ternyata meninggalkan kesan tersendiri kepada penonton apabila tabiat makan kismis yang dipaparkan dalam naskhah tersebut menjadi bualan hangat di media sosial.

Malah, Amerul kini turut dikenali dengan gelaran 'Inspektor Kismis', sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya ketika menjayakan watak berkenaan.

Menurut Amerul, 39, sambutan luar biasa yang diterima itu bukan sahaja membuktikan penerimaan penonton terhadap lakonannya, malah membuka peluang baharu dari sudut perniagaan.

“Ada yang mahu saya jadi duta produk kismis, malah saya sendiri rasa macam nak keluarkan produk kismis sendiri.

“Apabila tengok sambutan seperti ini, rasa ini peluang bisnes baharu untuk saya ceburi. Apa salahnya, sekali sekala sementara benda tengah laku,” katanya.

Amerul berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana 'Good Boys Go To Heaven' baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Amerul menyifatkan tema yang diketengahkan dalam drama tersebut sebagai sesuatu yang dekat dengan realiti masyarakat, terutama melibatkan isu pencabulan terhadap kanak-kanak yang masih dianggap sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Bagaimanapun, beliau berpandangan perkara itu tidak seharusnya terus disembunyikan kerana kesedaran masyarakat amat penting dalam menangani masalah tersebut.

“Isu ini pernah berlaku bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Malah kejadian yang dekat yang pernah membuat kecoh di negara sendiri sebelum ini.

“Benda ini kita tidak boleh sorok lagi dan adalah lebih elok untuk kita bincang bersama mengapa perkara ini boleh terjadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Amerul menjelaskan episod keenam drama berkenaan menjadi titik penting yang memperlihatkan penderitaan emosi dialami mangsa pencabulan, termasuk stigma dan pandangan negatif yang sering diterima akibat trauma yang ditanggung.

Katanya, pendedahan terhadap perjalanan hidup seseorang mampu mengubah cara masyarakat menilai dan memahami situasi yang dihadapi individu terbabit.

“Apabila kita tunjukkan setiap perkara yang berlaku, barulah kita faham bahawa kita tidak perlu terlalu mudah menghukum orang.

“Kita tidak tahu sejarah hidup mereka dan apa dilalui. Selepas kita tahu, adakah kita masih tegar untuk menghukum sedangkan mereka melalui fasa yang sangat teruk dalam hidup?,” katanya.

Sumber: Utusan



0 Comments

|

13 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content