Amira Othman Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Fattah Amin Hadkan Komitmen Kerja

Pelakon Fattah Amin memaklumkan dia kini mengehadkan komitmen kerja dan tidak lagi menerima tawaran luar Kuala Lumpur serta Selangor bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya, Amira Othman yang dijangka melahirkan cahaya mata sulung dalam masa terdekat.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, keputusan itu dibuat kerana mahu sentiasa berada di sisi Amira memandangkan tarikh kelahiran bayi mereka boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Ya, untuk sekarang ini memang saya kena elakkan untuk ambil sebarang komitmen kerja yang kena keluar daripada Kuala Lumpur dan Selangor.

"Ada satu kerja yang sudah sah iaitu bulan depan. Tapi ianya hanyalah dalam Selangor sahaja sebab sekarang ini memang sedang bersedia untuk pergi ke hospital sahaja sebab Amira bila-bila masa sahaja akan bersalin," katanya kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Allstar Picklebash 2.0 yang berlangsung di Pickle Social Club, Bukit Kiara, Selangor pada Khamis.

Berkongsi mengenai persiapan menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Fattah berkata segala keperluan termasuk barangan bayi dan kelengkapan Amira telah disediakan lebih awal.

"Alhamdulillah. Keperluan daripada segi bayi dan juga barang Amira semuanya kita sudah siap dan sediakan.

"Saya pun sudah letak dalam kereta sebab bila-bila sahaja daripada sekarang Amira akan melahirkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia dan Amira sudah mengetahui jantina bayi mereka, namun memilih untuk berkongsi berita tersebut selepas proses kelahiran selesai.

"Amira akan bersalin di hospital di Kuala Lumpur. Jantina kami memang sudah tahu tapi lebih baik ia diumumkan selepas lahir.

"Apa yang penting sekarang ini ialah mohon doa baik-baik daripada anda semua," katanya.

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.


Sumber: mStar



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content