'Anak Saya Lebih Takut Media Sosial' - Luahan Ibu Zahirah MacWilson Jadi Perhatian

Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff mendedahkan hubungan dengan salah seorang anaknya didakwa sudah lama renggang sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Maslinda, 53, pelbagai usaha telah dilakukan bersama suaminya untuk memulihkan hubungan tersebut, termasuk mendapatkan bantuan seorang ustaz sebagai orang tengah, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan anak saya sudah tak rapat sejak Ogos 2024 lagi.

“Dah berkali-kali saya dan suami turun ke Kuala Lumpur cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, secara peribadi dan melalui ustaz sebagai orang tengah, tetapi tidak diterima,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, Maslinda tidak mendedahkan identiti anak yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.

Menurutnya, dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri, namun mengambil keputusan bersuara selepas menerima satu mesej daripada anaknya yang disifatkan sangat menyakitkan hati.

“Dah lama saya berdiam diri dan bersabar, tetapi bila dia WhatsApp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang.

“Semakin saya biarkan semakin melampau dan biadab. Sebab itu saya terus berkongsi dalam media sosial.

“Saya tahu anak saya lebih takut kepada media sosial daripada kemurkaan Allah,” ujarnya.

Dalam luahan sama, Maslinda turut menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT dan berharap doa yang dipanjatkannya dimakbulkan.

“Semoga doa-doa kami di depan Kaabah dan di Arafah dimakbulkan.

“Ya Allah, aku tidak berdaya lagi. Aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, Ya Allah,” katanya.

Sebelum ini, Maslinda turut mencetuskan perhatian menerusi platform Threads apabila memberi bayangan dirinya dikenakan syarat tertentu untuk bertemu cucunya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar hubungan anak-beranak itu kembali pulih, termasuk ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop yang berharap Maslinda terus bersabar dan tidak putus berdoa.

“Saya faham sangat. Jangan putus berdoa. Allah tak kejam,” tulisnya.

Terdahulu, Maslinda pernah meluahkan rasa terkilan berhubung syarat yang didakwa dikenakan oleh individu tertentu sebelum dibenarkan bertemu cucunya.




0 Comments

|

95 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content