Anzalna Nasir Tegur Sikap Terlalu Taksub Dengan Jenama Mewah

Pelakon Anzalna Nasir berpendapat penampilan seseorang tidak seharusnya dinilai berdasarkan jenama pakaian atau aksesori yang dipakai, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh keyakinan diri dan keperibadian individu itu sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, berkata mereka yang sering menggunakan barangan mewah kebiasaannya mampu mengenal pasti perbezaan antara produk asli dan tiruan.

Bagaimanapun, menurutnya, perkara tersebut tidak menjadikan sesuatu jenama sebagai penentu utama kepada nilai atau keanggunan seseorang.

“Individu yang biasa memakai jenama mewah selalunya boleh membezakan barangan asli atau tiruan. Saya tidak menghakimi sesiapa, tetapi memakai yang asli memang ada rasa berbeza.

“Namun akhirnya, keanggunan bukan terletak pada label,” katanya.

Anzalna turut menegaskan bahawa sikap, adab dan cara seseorang membawa diri lebih memainkan peranan dalam membentuk persepsi orang sekeliling berbanding pakaian yang digayakan.

“Sayang, walaupun tidak memakai jenama mewah, kalau kita pakai dengan yakin, orang tetap akan nampak.

“Keyakinan, adab dan cara kita membawa diri akan sentiasa lebih menyerlah berbanding mana-mana jenama,” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan dilontarkan pelakon drama 'Mamu Mami Gosip' itu.

Ramai beranggapan nilai diri seseorang tidak boleh diukur menerusi harga pakaian atau aksesori yang dipakai, sebaliknya melalui sikap dan keperibadian.

“Betul, boleh pakai jenama paling mahal di dunia, tapi tanpa adab dan hormat, semua itu tidak bermakna. Kelas sebenar terletak pada sikap, bukan label.

“Tepat sekali. Bukan soal nilai wang, tetapi bagaimana kita membawa diri. Ukur baju di badan sendiri.

“Setuju! Semuanya tentang aura dan keyakinan diri,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang berpandangan jenama masih memainkan peranan tertentu dalam membentuk tanggapan pertama seseorang, khususnya dalam situasi tertentu.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content