Ayda, Nabil Timang Anak Ketiga

Penyanyi Ayda Jebat selamat melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Anggun Mikayla di sebuah pusat perubatan swasta semalam.


Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 33, melahirkan rasa syukur dengan kelahiran ketiga selain berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buatnya selama ini.


"Assalamualaikum, selamat datang ke dunia Anggun Mikayla.


"Alhamdulillah 26 Januari 2026 lahirnya seorang puteri yang manis.


"Terima kasih yang mendoakan, sayang semua," katanya.


Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti.


Ayda dan suaminya, Nabil Mahir pada akhir Disember lalu mengumumkan jantina anak ketiga mereka dalam sebuah majlis 'gender reveal' di ibu negara.


Katanya, anak sulungnya, Ana Nayla juga mengimpikan untuk memiliki adik perempuan.


Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana, 4, serta Aali Mateen, 2. 


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

119 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content