PHNOM PENH, 17 Okt: Peningkatan kes pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan jenayah siber di seluruh Asia telah mencetuskan kebimbangan serantau, mendorong kerajaan-kerajaan mempertingkatkan usaha bersama bagi melumpuhkan rangkaian penipuan rentas sempadan.
Korea Selatan, Thailand dan Vietnam sedang memperhebat kerjasama dengan Kemboja dan Myanmar - yang sering dieksploitasi sebagai pusat kegiatan penipuan oleh sindiket antarabangsa - bagi menangani jenayah dalam talian yang mengancam keselamatan negara.
Baca selanjutnya : https://www.tvsarawak.my/2025/10/17/bangkok-hanoi-seoul-perhebat-usaha-bendung-pemerdagangan-manusia-berkaitan-jenayah-siber/
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Thanathip Sawangsaeng mendedahkan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahananu Phumtham Wechayachai, menerajui langkah membanteras kumpulan itu.
Beliau berkata bahawa jenayah rentas sempadan itu telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Thailand serta ekonomi negara.
"Kerajaan Thailand telah melaksanakan langkah proaktif di bawah pelan 'Cut Power, Cut Internet, Cut Fuel' di lima kawasan utama, dengan kerjasama China dan Myanmar melalui mekanisme tiga hala demi membanteras rangkaian jenayah ini secara berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Baca selanjutnya : https://www.astroawani.com/berita-dunia/thailand-tegas-banteras-sindiket-penipuan-pusat-panggilan-dengan-kerjasama-serantau-509723
Di Jakarta, Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia telah menyekat hampir 24,000 akaun bank yang disyaki mempunyai kaitan dengan perjudian dala talian, lapor Agensi Berita Antara pada Selasa.
Kementerian itu mengenal pasti lebih dua juta kandungan berkaitan perjudian dalam talian dari Oktober tahun lalu hingga September tahun ini, menurut agensi berita itu. Peningkatan pesat aktiviti penipuan dalam talian telah mencetuskan kebimbangan di seluruh rantau ini.
Ramai lelaki dan wanita muda, terutamanya dari negara membangun, terpedaya dengan janji sindiket terancang yang menawarkan pekerjaan bergaji tinggi dan faedah lumayan, namun akhirnya terperangkap dalam keadaan kerja yang menyedihkan di pusat penipuan.
baca selanjutnya : https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_bajet.php/news.php?id=2480010
0 Comments
|188 Views
No Comments yet
Be the first to comment.