Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Banglo mewah milik pelakon Rebecca Nur Al Islam dan bekas suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, telah dilelong dengan harga sekitar RM2.92 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi Rabu.
Menurut pelelong berlesen, Ishaq Marazi, rumah tiga tingkat yang terletak di Ampang, Selangor itu adalah milik bersama kedua-dua pihak dan turut dilaporkan telah dua tahun gagal membayar komitmen pinjaman sehingga menyebabkan tindakan lelongan.
"Saya mendapat tahu rumah itu sudah berjaya dilelong dengan harga RM2.92 juta pada pukul 10 pagi di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.
"Betul dalam geran rumah itu tertulis nama milik bersama bekas suami Rebecca Islam. Kalau tak silap rasanya dan dua tahun mereka tidak bayar rumah tersebut, sebelum bercerai lagi.
"Saya tidak berurusan dengan mereka, sebaliknya saya berurusan dengan pihak bank. Disebabkan bank sudah tarik dan mereka tak bayar jadi pihak bank bagi senarai untuk kami lelong.
"Setakat yang saya tahu memang dah lama rumah itu tidak dibayar. Dulu, katanya. suaminya sakit dan bisnes pun macam tak okay," ujar Ishaq.

Ishaq menyatakan beliau tidak dapat mendedahkan identiti pembeli kerana ia atas permintaan pihak berkenaan, namun mengesahkan rumah tersebut dilelong pada pukul 10 pagi di Shah Alam.
"Saya tak boleh dedahkan identiti pembeli kerana ini adalah atas permintaannya," kata Ishaq.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah kediaman mewah di Jalan SU Utama, Selangor akan dilelong.
Bagaimanapun, iklan tersebut tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pemilik kediaman sebaliknya hanya memaklumkan ia adalah milik seorang artis.
Banglo berkeluasan kira-kira 8,224 kaki persegi itu dilengkapi pelbagai kemudahan mewah termasuk kolam renang peribadi dan ruang moden, menjadikannya antara hartanah bernilai tinggi sebelum dilelong.

Sehingga kini, Rebecca belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung urusan lelongan dan situasi kewangan kediaman berkenaan.
Terdahulu, pada Ogos lalu, perkongsian Rebecca di media sosial menarik perhatian apabila aktres berkenaan memberikan gambaran hubungannya dengan suami sudah terakhir.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|202 Views
No Comments yet
Be the first to comment.