Batuk Enam Bulan Rupanya Petanda Jantung Tersumbat, Abon Jalani Angiogram & Prosedur Belon

Pelawak veteran Abon mendedahkan batuk berpanjangan yang dialaminya selama enam bulan rupa-rupanya menjadi petanda kepada masalah jantung serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital baru-baru ini.

Isterinya, Fauziah Muksin, berkata keadaan suaminya mula membimbangkan apabila mengadu sesak dada ketika mereka sedang mengusahakan perniagaan produk sos di Ekspo Jabatan Warisan Negara Makanan Tradisi Malaysia di Ipoh, Perak.

Menurut Fauziah, cuaca panas dan keadaan Abon yang terlalu aktif berniaga dipercayai menyumbang kepada keletihan melampau sebelum dia diserang sakit dada pada 28 Jun lalu.

“Selepas waktu Subuh, Abon mengadu sesak dada. Saya terus membawanya ke klinik panel dan hasil pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) mendapati keadaan jantungnya kurang memuaskan.

“Pihak klinik kemudian merujuknya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan Abon dimasukkan ke zon kecemasan,” katanya.

Selepas menjalani pemeriksaan di HRPB, doktor mengesahkan Abon mengalami masalah jantung dan mencadangkan dia ditahan di hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Bagaimanapun, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad memilih untuk meneruskan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

Menurut Fauziah, pelawak berusia 66 tahun itu menjalani prosedur angiogram pada 30 Jun sebelum doktor mengesan saluran jantungnya tersumbat dan terus melakukan prosedur memasukkan belon bagi membuka saluran berkenaan.

Katanya, ini merupakan kali pertama Abon disahkan menghidap penyakit jantung kerana pemeriksaan kesihatan berkala yang dilakukan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang masalah.

Selain memantau keadaan jantung, doktor turut memeriksa fungsi buah pinggang Abon yang didapati kurang memuaskan selepas prosedur tersebut.

“Alhamdulillah, setakat ini keadaannya sudah kembali stabil.

“Pihak doktor masih melakukan pemantauan di wad dan sekiranya keputusan ujian darah menunjukkan perkembangan positif, insya-Allah dia dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Abon turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya menerusi Facebook selepas selesai menjalani prosedur memasukkan belon di HUKM.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

97 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content