Bella Astillah Belum Buat Persiapan Kahwin, Fokus Kes Syed Saddiq Dahulu

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Menurut Bella, 32, mereka memilih untuk memberi tumpuan kepada urusan yang lebih penting ketika ini iaitu keputusan rayuan mahkamah melibatkan tunangnya yang dijadualkan pada 30 Jun depan.

"Kalau bercakap tentang persiapan perkahwinan, saya masih belum boleh kongsikan apa-apa.

"Buat masa sekarang, fokus kami lebih kepada persiapan Syed Saddiq untuk 30 Jun ini. Jadi sama-samalah doakan yang terbaik,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada Konsert Bintang Universe: The Dimension yang berlangsung di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.

Tambahnya, segala perancangan berkaitan majlis perkahwinan hanya akan dibincangkan selepas urusan mahkamah tersebut selesai.

"Selepas semuanya selesai, barulah kami akan fikir dan kongsikan kepada semua. Sekarang ini kami mahu fokus kepada perkara yang lebih penting dahulu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bella turut mengulas mengenai kritikan netizen terhadap video prank sempena sambutan hari lahir ibunya serta isu pakaian yang digayakannya dalam sebuah program.

Menurutnya, dia menerima setiap teguran dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai ruang untuk memperbaiki diri.

"Apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu. Saya ambil maklum semua pandangan dan akan cuba lakukan yang lebih baik selepas ini.

"Terima kasih kepada semua yang mengambil berat," katanya.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Syed Saddiq kini menantikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan pada 30 Jun ini.

Sumber: mStar



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content