Bella Astillah Terima ASEAN Influential Leader Award 2025

Penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai salah seorang penerima ASEAN Influential Leader Award 2025, sebuah pengiktirafan berprestij yang meraikan individu berpengaruh di rantau Asia Tenggara.

Majlis anugerah yang berlangsung malam tadi menyaksikan adik Bella, Didi Astillah, hadir mewakili kakaknya untuk menerima trofi tersebut. Didi turut membuat persembahan istimewa pada malam penuh glamor itu.

Menurut penganjur, ASEAN Influential Award, pengiktirafan ini diberikan kepada individu yang memberi inspirasi melalui kekuatan, keaslian, dan pengaruh positif mereka di peringkat serantau.

                                                           
                                                                                  Bella bersama Pak Nil dan Zizan di Muzikal Lawak Superstar


"Seorang wanita yang memiliki kekuatan, anggun dan pengaruh, Bella terus bersinar sebagai suri teladan yang memberikan inspirasi dan impak menerusi keasliannya," tulis pihak penganjur di Instagram rasmi mereka.

Bella yang memegang tanggungjawab sebagai juri Muzikal Lawak Superstar, tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana komitmen rakaman program tersebut. 

Sejak pagi ini, peminat Bella mulai memuatnaik hantaran penghargaan dan sokongan di media sosial yang turut bangga dengan kejayaan ibu kepada dua orang anak itu.



0 Comments

|

288 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content