Bimbang tersilap cakap, Siti Khadijah nafi elak wartawan
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #pelakon
- #sitikhadijah
- #nafiengganditemubual
Pelakon Siti Khadijah Halim mengakui dia kini lebih berhati-hati ketika berdepan media kerana tidak mahu sebarang kenyataan yang dikeluarkan disalah tafsir oleh pihak tertentu.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, perasaan bimbang untuk memberi komen bukan berpunca daripada sikap memusuhi pengamal media, sebaliknya kerana takut tersilap mengeluarkan kenyataan.
"Sebagai selebriti, saya faham peranan media dan sama sekali tidak memusuhi sesiapa. Cuma, saya ada perasaan bimbang kalau bertemu wartawan untuk ditemubual kerana takut kenyataan dikeluarkan silap.
"Jadi, saya rasa lebih baik berhati-hati untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana bimbang disalah tafsir, itu sahaja. Saya hormati tugas media dan kenapa perlu mengelak mereka (wartawan)," katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Siti turut menepis dakwaan kononnya dia sengaja mengelak daripada ditemu bual pada mana-mana acara hiburan yang dihadirinya.
Katanya, dia hanya memilih untuk lebih berhati-hati ketika bercakap bagi mengelakkan sebarang salah faham yang boleh timbul susulan kenyataannya.
"Tidak mengelak pun, tetapi macam saya cakap ada rasa kebimbangan untuk mengeluarkan kenyataan apabila ditanya. Perasaan itu (bimbang) daripada diri saya sendiri dan lebih baik berhati-hati.
"Saya hanya tidak mahu ada kenyataan yang dibuat disalah tafsir oleh segelintir pihak sebab kadang-kadang bila bercakap kita terlepas pandang. Sebagai manusia biasa, kita ada sifat yang tidak sempurna," katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya pula, Siti mengakui peluang berlakon filem yang diterimanya masih tidak sebanyak tawaran drama, namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan.
Menurutnya, peluang membintangi filem seram Khadam arahan Shamyl Othman merupakan pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.
"Sejujurnya bila saya dapat berlakon dalam filem Khadam arahan Shamyl Othman ini, memang 'happy' dan bersyukur sangat. Bagi saya, filem ini adalah naskhah seram yang bagus dan saya sangat suka bercerita mengenainya.
"Memang ke mana saya pergi dan dengan siapa saya berjumpa, kalau ditanya soal kerjaya lakonan filem saya akan seronok bercakap tentang Khadam. Saya harap penonton dapat terima filem Khadam ini dengan baik apabila ditayangkan di pawagam nanti," ujarnya.
Selain Siti, filem terbitan Red Communications dan Komet Productions itu turut dibintangi Datuk Remy Ishak, Aghniny Haque dari Indonesia serta dua pelakon cilik, Zarra Zhaff dan Karl El.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|7 Views
No Comments yet
Be the first to comment.