"Cik B Yang Mulakan Dulu" - Vida Ulas Gosip Dengan Fazley

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengakui tidak menyangka usikan anak perempuannya, Cik B menjadi antara punca namanya terus dikaitkan dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, perkara itu dipercayai bermula apabila Cik B berpeluang melihat sendiri keperibadian Fazley ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Katanya, sepanjang beberapa minggu program berlangsung, anaknya itu dapat menyaksikan sendiri bagaimana Fazley melayan dan menguruskan anak-anaknya sehingga menimbulkan rasa senang terhadap penyanyi berkenaan.

"Sebenarnya Cik B yang mulakan dulu. Dia nampak sendiri macam mana Fazley dengan anak-anak sepanjang program itu.

"Mungkin daripada situ dia mula bergurau dan mengusik saya mengenai perkara tersebut," katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Vida mengakui terkejut apabila Cik B dilihat terbuka sekiranya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Fazley, memandangkan sebelum ini anak perempuannya itu sering tidak bersetuju apabila namanya dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

"Saya sendiri hairan bila dia kata sudah bagi lampu hijau. Sebelum ini semua dia tak setuju.

"Sebab itu saya takut juga. Kadang-kadang mulut anak ini masin," katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Vida menegaskan pertemuannya dengan Fazley sejak kebelakangan ini bukanlah seperti yang diperkatakan ramai, sebaliknya atas urusan perniagaan.

Menurutnya, Fazley kini bertanggungjawab sebagai cef eksekutif di kedai kopi miliknya di Brunei dan sedang membangunkan beberapa menu baharu untuk premis berkenaan.

"Sudah hampir dua bulan dia menghasilkan pelbagai resipi baharu termasuk burger, pizza dan biskut.

"Jadi sebab itulah dia kerap datang ke rumah untuk sesi perbincangan dan mencuba menu yang dihasilkan," ujarnya.

Sebelum ini, hubungan rapat Vida dan Fazley menjadi perhatian netizen selepas beberapa video memaparkan kemesraan mereka tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, Fazley sebelum ini menafikan dakwaan mereka sedang bercinta dan menjelaskan hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar persahabatan serta urusan kerja.



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content