Dafi Tegur Rakan Artis, Pesan Jangan Hebah Isu Bayaran Di Media Sosial

Penyanyi dan pelakon, Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri menasihatkan rakan-rakan artis supaya lebih berhemah ketika berkongsi hal berkaitan bayaran atau gaji di laman sosial.


Menurut Dafi, walaupun isu bayaran rendah sering menjadi topik hangat dalam kalangan penggiat seni, tidak semua perkara sesuai dijadikan bahan tatapan umum.


"Saya bukan menegur sesiapa, cuma bagi saya tak semua benda perlu diceritakan di media sosial. Kadang-kadang rezeki yang nampak kecil bagi kita, mungkin besar untuk orang lain," katanya.


Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, soal nilai bayaran sebaiknya dibincangkan secara profesional dan tertutup, bukannya dihebohkan di platform awam.



Bayaran isu sensitif untuk dikongsikan di laman sosial - Dafi


"Kalau rasa tak berbaloi, tolak saja tawaran itu secara baik. Tak perlu perlekeh atau umumkan di media sosial. Mungkin bagi kita sedikit, tapi bagi orang lain jumlah itu sudah cukup untuk sara keluarga," katanya.


Bagaimanapun, Dafi tidak menolak hak mana-mana artis untuk bersuara, namun mengingatkan supaya mereka lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.


"Saya faham, masing-masing ada alasan bila bersuara tentang bayaran. Tapi isu duit ini hal sensitif, jadi kena fikir juga perasaan orang lain yang mungkin sedang bergelut mencari rezeki," jelasnya.


Tambahnya, populariti atau pengalaman seseorang tidak wajar dijadikan ukuran mutlak untuk menilai nilai bayaran.


"Kalau rasa tak sesuai, tolak dengan cara berhemah. Tak perlu dijadikan isu terbuka," katanya.


Dafi turut menegaskan bahawa kecintaannya terhadap dunia seni membuatkan dia tidak terlalu berkira soal bayaran, asalkan penganjur menghargai usaha dan kehadirannya.


"Kadang-kadang penganjur kecil yang jemput. Kalau saya rasa mereka ikhlas, saya tetap terima walaupun bayaran tak besar. Rezeki itu luas, mungkin bukan dalam bentuk wang sekarang tapi dalam cara lain nanti," ujarnya.


SUMBER: BH ONLINE



0 Comments

|

217 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content