Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Diana Danielle, 34, mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan tetapi hubungan itu masih dalam fasa awal perkenalan lagi.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, teman istimewanya itu seorang yang sangat menjaga privasi dan mereka juga sudah berkawan selama beberapa bulan.
"Si dia orang biasa saja dan mempunyai bisnesnya sendiri.
"Pada mulanya, saya tiada niat pun nak kembali menjalinkan hubungan baharu selepas perceraian tetapi semuanya berlaku secara kebetulan.
"Saya pergi ke acara rumah terbuka seorang kawan dan kami juga berkenalan di situ," katanya ketika ditemui pada majlis Her Series Raya Gathering di sini, semalam.
Ditanya soal perancangan perkahwinan pula, kata bintang filem Imaginur ini, buat masa ini, dia juga tidak mahu terburu-buru untuk kembali berumah tangga kerana keutamaan kini adalah anak-anaknya.
"Kami pun tidak tahu lagi hala tuju hubungan ini dan belum fikir ke arah perkahwinan lagi. Maklumlah, anak-anak saya masih dalam fasa nak menyesuaikan diri.
"Dari segi mental pun, kami perlu fikir untuk menjaga hati mereka (anak-anak) juga. Jadi tidak adil kalau kami hanya fikir mengenai diri sendiri sahaja.
"Asalkan kami berasa ada teman bila memerlukan seseorang, itu sudah memadai bagi saya," kata ibu kepada dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora itu.
Sementara itu, majlis Her Series Raya Gathering dianjurkan pelakon Nelissa Nizam dan Julia Farhana serta kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Sodiqin Shaz, kini tampil dengan koleksi baju raya bertemakan Ratna Desa.
Lebih bermakna, acara itu juga memberi sokongan kepada ibu tunggal, di mana setiap pembelian baju raya koleksi Ratna Desa boleh dijadikan sebagai infaq yang akan disalurkan terus kepada golongan ibu tunggal menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terpilih.
Selain Diana, acara itu turut mendapat sokongan dari beberapa rakan artis yang memeriahkan lagi majlis seperti Maria Farida, Sophia Albarakbah dan pengarah terkenal Dr Ahmad Idham.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|119 Views
No Comments yet
Be the first to comment.